Tertarik Dengan Cara Jepun Mempromosikan Sepaktakraw Di Negara Mereka

Sukan sepaktakraw bukan lagi sesuatu yang baru di Jepun dan ianya sudah membiak begitu cepat di sana. Sekiranya anda tonton sebuah dokumentari sepaktakraw Jepun di Youtube pasti anda akan berasa sedih dengan pelbagai kekurangan dari segi latihan, padang & kewangan. Cintanya mereka kepada sukan ini amat dalam dengan segala kos ditanggung oleh individu. Tetapi ianya 6 tahun yang lalu.

Rakyat Jepun ditanamkan semangat untuk cintakan sepaktakraw melalui pelbagai acara & kejohanan dalaman. Sekarang Jepun adalah negara yang setaraf Malaysia bahkan kedudukan mereka pada Piala ISTAF Super Series 2011 mengatasi Malaysia.

Antara Kejohanan Promosi mereka adalah [Kick - JUST FLY HIGH]. Kejohanan ini pernah disertai oleh Malaysia. Mereka akan videokan kejohanan ini dalam bentuk DVD yang sangat menarik & kreatif. Sesiapa sahaja yang menonton pasti akan teruja. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web mereka iaitu Kelu.jp

Tahniah untuk Jepun. Sepaktakraw bukan sekadar sukan tetapi ianya lebih kepada membina rasa hormat, setia kawan & kerjasama antara satu sama lain.

Tidak kah anda perasan negara yang mengamalkan sikap & budaya hormat menghormati akan cemerlang dalam sukan ini.

Seperti Malaysia ianya sudah luntur rasa hormat pemain kepada jurulatih, kepada yang tua bahkan antara satu sama lain.

16hb Sep 2011
Kategori
kelu