Terengganu ketuai 5 pasukan ke suku akhir Piala Khir Johari

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49

Naib juara Liga Siri Super PSM 2011, Terengganu menge tuai lima pasukan yang mara ke suku akhir Ke johanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49, 2012 di Dewan Majlis Perbanda ran Manjung, Perak.

Turut menempah tiket peringkat kalah mati ke johanan berpasukan itu yang berlangsung malam ini ialah juara 2010 dan 2009, Polis Diraja Mala ysia (PDRM) dan Angka tan Tentera Malaysia (ATM) selain Kelantan serta Pulau Pinang.

Terengganu hanya akan melengkapkan ja dual

perlawanan terakhir dengan tuan rumah pagi ini selepas mendahului Kumpulan D dengan me numpaskan Putrajaya, Kedah dan Negeri Sem bilan 3-0.

PDRM pula mengesah kan kemaraan dengan mengejutkan juara berta han yang dibarisi tiga pe main skuad elit dan ramai bekas pemain kebangsa an, Selangor 2-1 selain Perlis 3-0 dalam Kumpu lan A.

ATM turut mengejut kan naib juara di Kuching, tahun lalu – Kuala Lumpur 2-1 dan Sabah 3-0 dalam Kumpulan B sementara muka baru Putrajaya de ngan segelintir bekas pe main negara, menyaingi tiket suku akhir dari Kum pulan D dengan Negeri Sembilan.

Pulau Pinang dan Ke lantan pula hanya perlu berentap bagi penentuan juara Kumpulan C setelah masing-masing menga lahkan dua lagi lawan, Sa rawak dan Pahang.

Sumber : Utusan Online

7hb Apr 2012