Terengganu Juara Piala Emas Khir Johari Ke-49

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Strategi bertahan dan menyimpan tekong terlebih dulu, membawa Terengganu menjulang Piala Emas Khir Johari buat kali pertama pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Ke-49 di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak, kelmarin. Skuad bimbingan Ahmad Mohd. Zin membenam juara bertahan, Selangor 2-0 dalam perlawanan akhir untuk meraih RM5,000 pada kejohanan berpasukan tertua di dunia itu, sekali gus menghampakan hajat lawan untuk mencipta rekod penyandang terbanyak, 12 kali. Biarpun diheret ke set penentuan oleh Selangor … Baca lagi →

10hbApr 2012

Terengganu ketuai 5 pasukan ke suku akhir Piala Khir Johari

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Naib juara Liga Siri Super PSM 2011, Terengganu menge tuai lima pasukan yang mara ke suku akhir Ke johanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49, 2012 di Dewan Majlis Perbanda ran Manjung, Perak. Turut menempah tiket peringkat kalah mati ke johanan berpasukan itu yang berlangsung malam ini ialah juara 2010 dan 2009, Polis Diraja Mala ysia (PDRM) dan Angka tan Tentera Malaysia (ATM) selain Kelantan serta Pulau Pinang. Terengganu hanya … Baca lagi →

7hbApr 2012

Tekong emas 2005 perkasa PDRM

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal kembali disegani selaku antara empat pasukan pilihan Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 yang bermula esok dengan kehadiran dua tekong emas Sukan SEA 2005 – Normanizam Ahmad dan Saifuddin Husin. Malah, pertembungan mereka dengan rakan regu Sukan SEA itu, Futra Ghani dari Selangor pada perlawanan pusingan awal esok pasti dinanti-nantikan ramai penggemar sepak takraw di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak yang seolah-olah menjadi pembayang … Baca lagi →

4hbApr 2012

Selangor berdepan laluan getir

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Selangor berdepan laluan agak getir dalam Kumpulan A sementara naib juara Liga Siri Super 2011, Terengganu terpaksa berentap dengan lebih banyak lawan Kumpulan D pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 mulai Khamis hingga Ahad ini. Menanti Selangor ialah juara Piala Khir 2010, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain Melaka yang sesekali mampu mengejutkan dan Perlis sementara muka baru Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah … Baca lagi →

3hbApr 2012

Servis Kandas Hampakan Malaysia

Penyakit lama servis tekong yang terkandas, terkeluar malah dibatalkan beberapa kali menyekat hasrat Malaysia untuk mengejutkan Thailand pada perlawanan akhir Siri Super 2 Persekutan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) sehingga tumpas 0-3 di Palembang, Indonesia semalam. Walaupun sempat meninggalkan juara dunia itu dengan beberapa mata dalam set pertama dan ketiga, anak buah Jamalluddin Hassan ini masih kecundang 9-15, 5-15, 8-15 dalam perlawanan selama 50 minit di Pusat Sukan dan Konvensyen Palembang sekali gus sekadar muncul naib juara kejohanan musim 2011/12. Mohamad … Baca lagi →

26hbFeb 2012

Takraw Perlu Tumpu Sekolah Sukan

Contohi Thailand yang bertumpu ke sekolah-sekolah sukan dalam membentuk barisan pelapis sepak takraw. Maka, Malaysia pasti mampu kembali menyaingi dan merampas posisi No. 1 dunia milik musuh tradisi itu. Pemilihan pemain kebangsaan sekarang yang semata-mata atas bakat semula jadi juga wajar diperbaiki manakala Jawatankuasa Pemilihan dan Kejurulatihan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) digesa kerap turun padang memantau perkembangan bakat-bakat baru di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Saranan ini disuarakan Ismail Atan, bekas apit kanan negara yang juga jurulatih Sekolah … Baca lagi →

4hbJan 2012

Pantai Timur Kuasa Baru Sepaktakraw

Liga Siri Super Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 2011 yang berakhir di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil kelmarin menyerlahkan kebangkitan dan kejaguhan dua negeri Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan yang mampu menjadi kuasa baru sukan warisan tradisi ini bagi tiga hingga lima tahun lagi. Kejayaan mereka menggugat skuad elit negara atau PSM dengan mencuri satu kemenangan regu bawah 21 tahun di Kangar dalam pusingan kedua, September lalu dan akhir di Bukit Jalil, turut membuktikan pelaburan mereka untuk … Baca lagi →

27hbDec 2011

Tidak Tahu Punca Dilucutkan Jawatan – Datuk Mohd Salim Abd Bari

DATUK Mohd. Salim Abd. Bari seperti ‘adik dan abang’ dengan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail termasuk di arena politik Pulau Pinang tetapi hubungan mereka dikesan renggang sejak Piala Dunia, Julai lalu. Pelantikan Abdul Jalil Ariffin sebagai Bendahari baru PSM dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Sabtu lalu sekali gus menyingkirkan Mohd. Salim. Kepada wartawan Utusan Malaysia, ABDUL HAFIZ AHMAD, Mohd. Salim meluahkan perasaan berhubung pelucutan jawatan Bendahari PSM yang disandangnya sejak 2003 itu. UTUSAN: Benarkah Datuk tidak tahu-menahu … Baca lagi →

20hbDec 2011

Bendahari PSM Dilucut Jawatan

Yang didesak berundur, terus bertahan apatah lagi mendapat sokongan. Yang cuba menawarkan pengunduran tidak pula mengotakan kesanggupannya pada mesyuarat Majlis Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), kelmarin. Sebaliknya yang menjadi mangsa ialah Datuk Mohd. Salim Abd. Bari yang dilucutkan jawatannya sebagai Bendahari PSM, seperti yang diumumkan di Hotel Adamson di sini. Mohd. Salim yang juga Naib Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) bagi penggal 2008/12 menyandang jawatan Bendahari PSM sejak 2002 yang dilantik menurut budi bicara Presiden berdasarkan perlembagaan PSM. Presiden … Baca lagi →

19hbDec 2011

Kesan buruk aib kepada Indonesia mampu menjalar ke akar umbi

Tulisan asal oleh Abdul Hafiz Ahmad (Utusan) KUALA LUMPUR – Kekalahan mengaibkan skuad elit kepada Indonesia 0-3 dalam separuh akhir acara antara regu Sukan SEA XXVI kelmarin, mampu meninggalkan kesan buruk yang mendalam kepada skuad elit mahupun sehingga kepada golongan penggemar permainan itu di peringkat akar umbi. Bekas pelibas kebangsaan yang kali terakhir mewakili negara pada Sukan Asia Guangzhou 2010, Mohd. Futra Abd. Ghani berkata, penggemar sepak takraw tanah air juga pasti tidak mahu menerima sebarang alasan pihak berkaitan yang … Baca lagi →

15hbNov 2011