Lupakan Impian Kutip Emas

Lupakan impian kutip emas pada Sukan Asia 2014 kata Datuk Zolkples Embong. IMPIAN untuk menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan perlu dilupakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) seandainya persembahan mengecewakan skuad negara pada Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Ketiga di Singapura dijadikan ukuran. Pandangan itu disuarakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang menggambarkan kegagalan anak-anak buah jurulatih Jamaluddin Hassan di suku akhir pada kejohanan yang menampil hampir keseluruhan pasukan … Baca lagi →

6hbMay 2012

Masih Banyak Perlu Diperbaiki Skuad Negara

MALAYSIA terpaksa menelan hakikat masih ada jurang yang perlu dirapatkan dengan musuh tradisi, Thailand selepas kecundang dalam aksi final Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Kedua di Palembang, Indonesia, semalam. Ketajaman servis tekong Thailand, Sakha Siriwat sentiasa meraih mata serta libasan bertenaga Pornchai Kaowkaen yang bijak melepasi hadangan pemain negara memastikan juara dunia serta Siri Super Pertama itu menamatkan cabaran Malaysia dalam aksi tiga set. Malah tekong negara, Mohamad Fadzil Mohd Asri kerap kali gagal meraih mata ketika melakukan … Baca lagi →

27hbFeb 2012

Kita Perlu Berani

LANGKAH drastik perlu dilaksanakan segera bagi memastikan prestasi skuad sepak takraw kebangsaan tidak terus tenggelam hingga sukar untuk diselamatkan lagi. Selepas meraih dua pingat gangsa dalam acara berpasukan dan antara regu di Sukan Sea Indonesia, kedudukan Malaysia selaku pasukan kedua terbaik dunia di belakang Thailand tidak lagi menjadi jaminan. Malah saingan untuk merebut kilauan pingat di Sukan Sea 2013 dilihat semakin sukar atau terpaksa pulang dengan tangan kosong terutamanya dengan cabaran tuan rumah, Myanmar yang pasti menghadirkan saingan sengit seperti … Baca lagi →

3hbDec 2011