Sepaktakraw Satu Cabaran Global dan Undang-Undang Permainan

Di Facebook saya membaca tulisan dinding oleh Abdul Halim Kader. Beliau telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Sepaktakraw Satu Cabaran Global dan Undang-Undang Permainan” bersama Mohd. Salim Abd. Bari. Saya pernah ternampak buku ini di kedai MPH Bookstores Mahkota Parade Melaka tetapi tidak pernah terniat untuk membeli bahkan membeleknya pun tidak.

Setelah membaca ulasan sinopsis dari beberapa laman web saya tekat untuk membeli & membaca apakah isi kandungan sebenar buku ini. Antara sinopsis ringkasan buku ini berbunyi.

Buku ini dihasilkan atas kesedaran bahawa segala rangkuman ini perlu dihimpunkan dalam satu wadah yang lengkap, bukan sahaja sebagai rakaman untuk tatapan generasi terdahulu, kini dan akan datang, bahkan demi memelihara sukan tradisi kebanggaan orang melayu itu supaya tidak lekang dek masa dan tidak luput ditelan zaman.

Kesemua cabang sepak takraw moden iaitu berpasukan, antara regu, beregu, bulatan, gelung (hoop) dan pantai lelaki mahupun wanita turut dipaparkan dalam buku ini. Ia pasti menjadi panduan berguna kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengn sukan sepak takraw mahupun pencinta sukan yang berhasrat menganjurkan pelbagai pertandingan di semua peringkat seperti kampung, sekolah, tempat kerja, mukim, Bandar, daerah, negeri, Negara dan antarabangsa.

Esok saya akan dapatkan buku ini dan akan rebiu untuk entri akan datang. Harga buku RM45 terbitan Utusan Publications & Distributors.

15hb Sep 2011
Kategori
Abdul Halim Kader