PSM akur prestasi buruk pada Sukan SEA

Datuk Ahmad Ismail

Mungkin pemain kita kurang berusaha, namun kita tidak menyalahkan pemain sepenuhnya dalam perkara ini kerana setiap persatuan sukan punyai kelemahan masing-masing

Presidennya, Datuk Ahmad Ismail berkata, pihaknya tidak akan menyalahkan pihak lain berhubung perkara itu.

Media telah melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan untuk memotong bantuan kewangan kepada PSM dan persatuan lain yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang yang diharapkan pada kejohanan Sukan SEA yang sedang berlangsung di Indonesia.

“Saya akui persembahan skuad sepak takraw negara di Palembang adalah yang terburuk sehingga gagal meraih sebarang emas,” kata Ahmad ketika dihubungi Bernama, semalam.

Beliau berkata, banyak usaha dan latihan telah dibuat untuk memajukan pemain, namun segalanya bertukar hampa apabila mereka tewas kepada Indonesia 0-3 dan hanya membawa pulang pingat gangsa.

“Apa yang saya lihat, skuad sepak takraw tidak menggunakan senjata mereka ketika bertarung dengan pasukan tuan rumah, sebaliknya hanya bermain dalam zon selesa.

“Mungkin pemain kita kurang berusaha, namun kita tidak menyalahkan pemain sepenuhnya dalam perkara ini kerana setiap persatuan sukan punyai kelemahan masing-masing,” katanya

Sumber : Bernama

Pencapaian Skuad Malaysia bagi Sukan SEAP / SEA

21hb Nov 2011