Persatuan Sepak Takraw Putrajaya

Maklumat
Nama SingkatanPESTAP
PresidenYBhg Dato Khairudin E.S. Abd Samad
AlamatTiada rujukan
No TelefonTiada rujukan
No FaksTiada rujukan
Tarikh Penubuhan07/04/2011
Laman Webhttp://pestap.blogspot.com

Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (PESTAP) telah diluluskan penubuhannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia mulai 7 April 2011.

PESTAP diterajui pimpinannya oleh YBhg Dato’ Khairudin bin E.S. Abd Samad sebagai Presiden.

Barisan Jawatan kuasa terdiri daripada individu-individu yang menetap dan bekerja di Putrajaya. Walaupun PESTAP merupakan sebuah persatuan sepak takraw yang baru, peranan yang akan dimainkan dalam membangunkan sukan sepak takraw di Putrajaya khasnya insyallah akan mencapai objektifnya kerana dibarisi oleh jawatan kuasa yang sememangnya berpengalaman dengan dunia sukan sepak takraw.

Selain itu, usaha PESTAP dalam pembangunan sukan sepak takraw di Putrajaya turut disokong oleh kelab-kelab sepak takraw yang telah berdaftar secara rasmi dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia seperti Kelab Sepak Takraw Presint 18 (KESTAR), Kelab Sepak Takraw Presint 9 (KSP 9) dan Kelab Sepak Takraw Presint 11 (KESTAP 11). Kejohanan sulung yang telah dianjurkan dengan jayanya ialah Kejohanan Sepak Takraw Komuniti dan Terbuka Putrajaya yang telah berlangsung dari 2-3 Julai 11.

Kejohanan ini merupakan anjuran bersama antara PESTAP dan Perbadanan Putrajaya. Kini PESTAP sedang dalam usaha untuk membentuk Pasukan Sepak Takraw Putrajaya sebagai persiapan bagi menyertai kejohanan-kejohanan tempatan.

Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kembali ke Senarai Persatuan