Terengganu Juara Piala Emas Khir Johari Ke-49

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Strategi bertahan dan menyimpan tekong terlebih dulu, membawa Terengganu menjulang Piala Emas Khir Johari buat kali pertama pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Ke-49 di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak, kelmarin. Skuad bimbingan Ahmad Mohd. Zin membenam juara bertahan, Selangor 2-0 dalam perlawanan akhir untuk meraih RM5,000 pada kejohanan berpasukan tertua di dunia itu, sekali gus menghampakan hajat lawan untuk mencipta rekod penyandang terbanyak, 12 kali. Biarpun diheret ke set penentuan oleh Selangor … Baca lagi →

10hb Apr 2012

Terengganu ketuai 5 pasukan ke suku akhir Piala Khir Johari

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Naib juara Liga Siri Super PSM 2011, Terengganu menge tuai lima pasukan yang mara ke suku akhir Ke johanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49, 2012 di Dewan Majlis Perbanda ran Manjung, Perak. Turut menempah tiket peringkat kalah mati ke johanan berpasukan itu yang berlangsung malam ini ialah juara 2010 dan 2009, Polis Diraja Mala ysia (PDRM) dan Angka tan Tentera Malaysia (ATM) selain Kelantan serta Pulau Pinang. Terengganu hanya … Baca lagi →

7hb Apr 2012

Tekong emas 2005 perkasa PDRM

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal kembali disegani selaku antara empat pasukan pilihan Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 yang bermula esok dengan kehadiran dua tekong emas Sukan SEA 2005 – Normanizam Ahmad dan Saifuddin Husin. Malah, pertembungan mereka dengan rakan regu Sukan SEA itu, Futra Ghani dari Selangor pada perlawanan pusingan awal esok pasti dinanti-nantikan ramai penggemar sepak takraw di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak yang seolah-olah menjadi pembayang … Baca lagi →

4hb Apr 2012

Selangor berdepan laluan getir

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Selangor berdepan laluan agak getir dalam Kumpulan A sementara naib juara Liga Siri Super 2011, Terengganu terpaksa berentap dengan lebih banyak lawan Kumpulan D pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 mulai Khamis hingga Ahad ini. Menanti Selangor ialah juara Piala Khir 2010, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain Melaka yang sesekali mampu mengejutkan dan Perlis sementara muka baru Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah … Baca lagi →

3hb Apr 2012

Masih Banyak Perlu Diperbaiki Skuad Negara

MALAYSIA terpaksa menelan hakikat masih ada jurang yang perlu dirapatkan dengan musuh tradisi, Thailand selepas kecundang dalam aksi final Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Kedua di Palembang, Indonesia, semalam. Ketajaman servis tekong Thailand, Sakha Siriwat sentiasa meraih mata serta libasan bertenaga Pornchai Kaowkaen yang bijak melepasi hadangan pemain negara memastikan juara dunia serta Siri Super Pertama itu menamatkan cabaran Malaysia dalam aksi tiga set. Malah tekong negara, Mohamad Fadzil Mohd Asri kerap kali gagal meraih mata ketika melakukan … Baca lagi →

27hb Feb 2012