Kemana Peruntukan Selama Ini?

‘Sampai bila kita hendak guna alasan bila kalah, kita hendak meminta duit yang lebih lagi, ” demikian teguran pedas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM). Khairy menegaskan, tindakan menyekat bantuan kepada badan sepaktakraw kebangsaan itu bukan satu tindakan kejam, sebaliknya beliau hanya mahu ketelusan. Tindakan menyekat peruntukan kewangan itu dibuat selepas skuad sepak takraw mendapat aib di tangan Korea Selatan pada perlawanan akhir Siri Super ISTAF, Ahad lalu. Kata-kata Khairy itu juga jelas sebagai satu … Baca lagi →

3hb Sep 2013

Skuad Dirombak

Gara-gara tewas mengejut 0-3 kepada Korea Selatan pada final Kejohanan Siri Super Istaf di India kelmarin, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dijangka melakukan rombakan besar-besaran bagi membentuk skuad kebangsaan yang mantap untuk ke Sukan SEA di Myanmar pada Disember ini. Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahaya berkata, rombakan itu bagaimanapun bergantung kepada kemampuan pemain menyesuaikan diri dengan beberapa acara memandangkan Myanmar selaku hos temasya itu bakal mempertandingkan banyak disiplin dalam acara sepak takraw termasuk chinlone iaitu sukan sepak takraw tradisional … Baca lagi →

3hb Sep 2013

Sekat peruntukan PSM

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyekat peruntukan kewangan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ekoran kekalahan memalukan pasukan negara kepada Korea Selatan pada perlawanan akhir Siri Super ISTAF di India, kelmarin. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia tidak mempunyai alasan untuk kalah dengan pasukan seperti Korea. Beliau berkata, oleh itu peruntukan untuk PSM akan disekat selagi tiada pelan pemulihan dikemukakannya. “Malulah, kita kalah dengan Korea Selatan. Saya sedang berfikir apa nak buat dengan PSM. “Dengan kekalahan ini, saya tidak akan beri … Baca lagi →

3hb Sep 2013

Malaysia tewas di tangan Korea Selatan – Dana PSM disekat

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyekat peruntukan kewangan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ekoran kekalahan memalukan pasukan negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF di India Ahad lepas. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pasukan negara tidak mempunyai alasan untuk kalah dengan pasukan seperti Korea Selatan. Beliau berkata oleh itu peruntukan untuk PSM akan disekat selagi tiada pelan pemulihan yang dikemukakannya. “Malu lah, kita kalah dengan Korea Selatan. Saya sedang berfikir apa nak buat dengan PSM. Dengan kekalahan ini, … Baca lagi →

3hb Sep 2013

Lupakan Impian Kutip Emas

Lupakan impian kutip emas pada Sukan Asia 2014 kata Datuk Zolkples Embong. IMPIAN untuk menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan perlu dilupakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) seandainya persembahan mengecewakan skuad negara pada Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Ketiga di Singapura dijadikan ukuran. Pandangan itu disuarakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang menggambarkan kegagalan anak-anak buah jurulatih Jamaluddin Hassan di suku akhir pada kejohanan yang menampil hampir keseluruhan pasukan … Baca lagi →

6hb May 2012