Malaysia Tewas Lagi Kepada Indonesia di Piala Raja Thai ke 26

Penawar duka bagi peminat sepaktakraw Malaysia terubat apabila Malaysia menjadi juara bagi acara regu di Piala Raja Thai baru-baru ini.

Namun semalam menjadi satu titik hitam buat negara apabila tewas kepada Indonesia di separuh akhir bagi acara berpasukan.

Seminggu sebelum Piala Raja Thai ke 26 bermula, Malaysia juga telah tumpas ditangan Indonesia di Kejohanan Piala ISTAF Super Series pada pusingan kelayakan.

Menjadi tanda tanya pada skuad kebangsaan adakah mampu membawa pulang pingat pada temasya Sukan SEA di Indonesia pada November ini?

Anda boleh lakukan undian di sebelah kanan laman web ini.

Melihat kepada komen-komen yang diberikan oleh peminat di Facebook ternyata mereka begitu kecewa. Antara komen-komen dari peminat berbunyi

kenapa kenapa dan kenapa ngan player kita tuh??ape nak jadi? hadoiiiii

lagi..???ap nak jadi nie/….come on Malaysia….takraw is our game….please do smtng…kmblikan kegemilangan SEPAK TAKRAW KITA

malaysia ? come on lahh ! ramai peminat dah bagi semngat . huh susah lahh

hakhak..tui…memalukan…hakhak tui…xyah dok bertanding lah malaysia oii..dok umah tanam anggur jep…malaysia takat juara kampung jep…dah nak lenyap dah takraw ni,..baik sokong bola…dah bosan tgok permainan takraw malaysia…majulah sukan untuk negara..hahha

main kena pakai akal baru boleh menang… aku tengok tekong kita ni kurang cerdik … tak pandai baca permainan lawan… placing tak cantik. Apit pun kurang menyerlah. Selalu blocking x menjadi. Biasanya kalau cepat baca game … kesilapan tekong akan dapat kurang kan dan apit pula akan tukar taktik dari blocking kepada defensing… ini semua perlu dibuat sendiri masa dalam permainan…

Itu pun ada hati nak menang ISTAF kat Thailand….Tok Mat and pucuk pimpinan PSM, be gentleman. Letak jawatan ramai2.

hmmm..kalau sekali takpa .nie kalah lagi..nak salahkan sapa, player, psm, apa nak ajdi dgn sukan sepak takraw kita.. kembali kan kegemilangan. dulu akhir cmfm malaysia thailand. skrg. ini cita cita nak kalahkan thailand.. bukan nak kondem.. tapi nie la hakikatnya… dulu kita ada liga profesonal mcm bola 2, skrg takda, penaja takda… hmmmm..semakin teruk..malaysia banyak pelapis sebenarnya.. cbe cari yg betul betul layak.. zaman paling bes waktu zaman zabidi, zaman azlan mubim aktif..walaupun jrg meng dgn thailand waktu tu.. tpi figt tetap ada. sekrg dgn indon pun kalah. dgn korea pun ssh.. kami pyokong malaysia sgt risau dan kecew dgn prestasi pasukan negara.. perbaiki lah diri anda.. memg la org cakap.. cbe korg men leh mng ker tak..tpi maslahnya… itu korg punya pernan.renung renungkanlah

Gara2 terlalu ghairah nak membersihkan nama dek penangan kekalaha di KL tempohari, Malaysia sanggup utk memperjudikan nasib players senior yg mana mental, phisycal mereka berada dlm cukup tertekan utk penyertaan di kejohanan ini. Untuk itu, inilah hasilnya. Cercaan & cemuhan semakin hari semakin menjadi terhadap PSM… yang menadi mangsa ialah players. Tahniah diucapkan kpd 3 Abdul dlm PSM. Presiden = Siddiq Segaraga, S/Usaha = Abdul Wahab & Pak Ku? = Abdul Wahib….dah memang dah kena…Kata Abdul Wahub….tension mcm ni

sebelum perlawanan dah ku katakan tak payah main piala raja thai balik je..tapi tetap degil..haaa inilah hasilnya..memalukan nama negara lagi..player mental dah down..ni dah jadi perkara serius kalah berlanjutan..psm harus dibubar..semua yg ada dlm psm harus ada sikap tanggungjawab letak jawatan..apa jawatan dlm psm ni jawatan seumur hidup ke?????

Apa sudah jadi?carilah jalan penyelesaian..ramai peminat kecewa ngan prestasi skuad kte,,carilah pemain pemain yg ok. tekong negara kte..servis sering sangkut..kalau lepas pun btol2 kat kaki pemain lawan.carilah tempat kosong.apa salahnya kte cuba corak double killer mcm indon.. Malaysia kurang bermain corak fast game..kurang pendedahan sepak takraw di malaysia..adakan liga sepak takraw..siarkan di kaca tv,biar generasi muda membesar dgn sukan ni,menarik minat rakyat…jgn kte megah dgn sejarah sje..

Boleh baca komen-komen lain Fan Page Sepaktakraw di Facebook

17hb Sep 2011