Klinik Sepaktakraw Jelajah Akar Umbi Bersama Futra Ghani

Klinik Sepaktakraw Jelajah Akar Umbi Bersama Futra Ghani SMK Dato Hj Hussin

Klinik Sepaktakraw Jelajah Akar Umbi Bersama Futra Ghani SMK Dato Hj Hussin – Gambar oleh Mohd Futra Ghani

Bekas apit kanan negara, pemenang pingat Emas Sukan SEA 2005 di Filipina iaitu Mohd Futra Abd Ghani dengan inisiatifnya sendiri telah mewujudkan satu program yang diberi nama Klinik Sepaktakraw Jelajah Akar Umbi Bersama Futra Ghani.

Antara objektif program ini adalah :

  • Langkah awal untuk mengembalikan keghairahan penggiat, peminat & pemain terhadap sukan sepaktakraw di Malaysia.
  • Mengcukil bakat baru yang terpendam serta berpontensi digilap & diketengahkan
  • Membantu peringkat akar umbi dalam menyampaikan maklumat, motivasi, teknik, tips & rahsia yang tepat bagi sukan Sepaktakraw.
  • Pembangunan & pendedahan sukan sepaktakraw dari peringkat awal iaitu kanak-kanak supaya wujudnya pelapis yang berterusan
  • Membantu & mengukuhkan lagi aspek pembangunan sepaktakraw di Malaysia
  • Menjadi orang perantaraan untuk mengenalpasti bakat-bakat berpontensi di setiap kawasan yang dijelajahi
  • Mengeratkan silatulrahim bagi komuniti baru sukan sepaktakraw
  • Memantau prestasi perserta berkala bagi kawasan yang telah dijelajahi
  • Setiap peserta akan diberikan alat bantuan mengajar sebagai bahan rujukan berterusan
  • Menyahut saranan kerajaan dalam melaksankan program 1 Murid 1 Sukan

Antara sekolah yang telah berjaya menjalankan program ini adalah SMK Dato Hj Hussin Selama di Perak dan juga Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Maklumat Lanjut

ItemKeterangan
FacebookKlik disini untuk ke Fan Page Program

Progam ini boleh dianjurkan oleh mana-mana sekolah, IPTA/IPTS, jabatan & badan-badan lain di seluruh Malaysia. Bagi yang berminat untuk menganjurkan program pembangunan sepaktakraw akar umbi boleh berhubung terus dengan Mohd Futra Abd Ghani di Facebook Klinik Sepak Takraw Jelajah Akar Umbi bersama Futra Ghani.

Setiap sumbangan dari peserta bagi program ini akan disumbangkan kepada anak-anak yatim sekitar Malaysia.

Kami di Sepaktakraw.my mengucapkan tahniah kepada Futra Ghani dengan usahanya untuk membangunkan sukan sepaktakraw di Malaysia. Semoga lebih ramai individu seperti beliau tampil bagi memartabatkan sukan warisan Melayu ini.

22hb Nov 2011