Kejohanan Sepaktakraw Piala DMD

Syarikat DMD Fone Network Sdn. Bhd (DMD) akan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Malaysia Piala DMD 2011 pada 16-18 DISEMBER 2011.

Kejohanan sulong ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000 dan dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Putrajaya (PESTAP) serta ditaja bersama oleh Gajah Emas Industries.

Kejohanan Sepaktakraw Piala DMD akan berlangsung di dewan Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya dan mendapat sokongan daripada Jabatan Warisan Malaysia, Kementerian Penerangan dan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK).

Kejohanan ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas & juga boleh disertai oleh mana-mana negara. Dua kategori akan dipertandingan iaitu kategori Terbuka & Amatur.

Bagi yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan di laman web http://www.dmdtac.com/. Tarikh tutup penyertaan adalah 10 Disember 2011 (Sabtu) sebelum jam 3 petang.

Info Kejohanan

ItemKeterangan
Nama KejohananKejohanan Sepak Takraw Terbuka Malaysia Piala DMD 2011
Tarikh Kejohanan16-18 Disember 2011
Lokasi KejohananKompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya
Tarikh Tutup Penyertaan10 Disember 2011 (Sabtu) sebelum jam 3 petang
KategoriTerbuka & Amatur
Yuran PenyertaanTerbuka RM100 & Amatur RM50
Hadiah KeseluruhanRM 20,000.00
Borang KejohananMuat turun di http://www.dmdtac.com/
22hb Nov 2011