Kejohanan Sepaktakraw Piala Dato Hj Ahmad Ismail 2012

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Antara Regu bagi merebut Piala Dato’ Hj Ahmad Ismail 2012 pada 21hb hingga 24hb Jan 2012.

Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili Skuad Elit, Pelapis Kebangsaan dan Wanita Kebangsaan dalam persediaan menghadapi Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014. Kejohanan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Kejohanan ini akan dibahagikan kepada 5 kategori iaitu:-

  1. Kategori Lelaki Terbuka tiada had umur
  2. Kategori Lelaki Bawah 21 Tahun (pemain-pemain yang dilahirkan pada tahun 1991 dan selepas)
  3. Kategori Wanita Terbuka tidak ada had umur dan
  4. Kategori Lelaki Veteran
    1. Kategori A (40 hingga 50 Tahun – Lahir 1972 – 1962) (Penyertaan hendaklah tidak kurang dari 16 regu).
    2. Kategori B (51 Tahun Ke Atas – Lahir 1961 dan sebelumnya) (Penyertaan hendaklah tidak kurang dari 16 regu).

Kejohanan ini akan diadakan di Kompleks Sukan, Majlis Sukan Negara Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur. Tarikh tutup penyertaan ini pada 18hb Jan 2012 (Khamis), jam 12.00 tgh dan undian akan diadakan pada hari yang sama jam 4.00 petang di MSN Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur.

Info Kejohanan

ItemKeterangan
Nama KejohananKejohanan Sepaktakraw Piala Dato Hj Ahmad Ismail 2012
Tarikh Kejohanan21-24hb Jan 2012
Lokasi KejohananKompleks Sukan, Majlis Sukan Negara Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Penyertaan18hb Jan 2012 (Khamis), sebelum jam 12.00 tengah hari
Kategori
  1. Kategori Lelaki Terbuka tiada had umur
  2. Kategori Lelaki Bawah 21 Tahun (pemain-pemain yang dilahirkan pada tahun 1991 dan selepas)
  3. Kategori Wanita Terbuka tidak ada had umur dan
  4. Kategori Lelaki Veteran
    1. Kategori A (40 hingga 50 Tahun – Lahir 1972 – 1962) (Penyertaan hendaklah tidak kurang dari 16 regu).
    2. Kategori B (51 Tahun Ke Atas – Lahir 1961 dan sebelumnya) (Penyertaan hendaklah tidak kurang dari 16 regu).
Yuran Penyertaan
  1. Lelaki Terbuka – RM80.00 (setiap regu)
  2. Lelaki Bawah 21 Tahun – RM50.00 (setiap regu)
  3. Wanita Terbuka – RM50.00 (setiap regu)
  4. Lelaki Veteran – RM50.00 (setiap regu)
Hadiah Keseluruhan
  1. Kategori Lelaki Terbuka
  2. Johan – RM3,000.00 berserta Piala Pusingan dan medal (5)
  3. Naib Johan – RM2,000.00 dan medal (5)
  4. Tempat Ketiga – RM1,000.00 dan medal (5) x 2 pasukan
  1. Kategori Lelaki Bawah 21 Tahun
  2. Johan – RM2,000.00 berserta Piala Pusingan dan medal (5)
  3. Naib Johan – RM1,000.00 dan medal (5)
  4. Tempat Ketiga – RM500.00 dan medal (5) x 2 pasukan
  1. Kategori Wanita Terbuka
  2. Johan – RM2,000.00 berserta Piala Pusingan dan medal (5)
  3. Naib Johan – RM1,000.00 dan medal (5)
  4. Tempat Ketiga – RM500.00 dan medal (5) x 2 pasukan
  1. Kategori Lelaki Veteran
  2. Johan – RM2,000.00 berserta Piala Pusingan dan medal (5)
  3. Naib Johan – RM1,000.00 dan medal (5)
  4. Tempat Ketiga – RM500.00 dan medal (5) x 2 pasukan
Borang KejohananMuat turun borang kejohanan di bawah:

  1. Borang Kejohanan
1hb Jan 2012