Terengganu ketuai 5 pasukan ke suku akhir Piala Khir Johari

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Naib juara Liga Siri Super PSM 2011, Terengganu menge tuai lima pasukan yang mara ke suku akhir Ke johanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49, 2012 di Dewan Majlis Perbanda ran Manjung, Perak. Turut menempah tiket peringkat kalah mati ke johanan berpasukan itu yang berlangsung malam ini ialah juara 2010 dan 2009, Polis Diraja Mala ysia (PDRM) dan Angka tan Tentera Malaysia (ATM) selain Kelantan serta Pulau Pinang. Terengganu hanya … Baca lagi →

7hbApr 2012

Tekong emas 2005 perkasa PDRM

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal kembali disegani selaku antara empat pasukan pilihan Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 yang bermula esok dengan kehadiran dua tekong emas Sukan SEA 2005 – Normanizam Ahmad dan Saifuddin Husin. Malah, pertembungan mereka dengan rakan regu Sukan SEA itu, Futra Ghani dari Selangor pada perlawanan pusingan awal esok pasti dinanti-nantikan ramai penggemar sepak takraw di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak yang seolah-olah menjadi pembayang … Baca lagi →

4hbApr 2012

Selangor berdepan laluan getir

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Selangor berdepan laluan agak getir dalam Kumpulan A sementara naib juara Liga Siri Super 2011, Terengganu terpaksa berentap dengan lebih banyak lawan Kumpulan D pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 mulai Khamis hingga Ahad ini. Menanti Selangor ialah juara Piala Khir 2010, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain Melaka yang sesekali mampu mengejutkan dan Perlis sementara muka baru Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah … Baca lagi →

3hbApr 2012

Masih Banyak Perlu Diperbaiki Skuad Negara

MALAYSIA terpaksa menelan hakikat masih ada jurang yang perlu dirapatkan dengan musuh tradisi, Thailand selepas kecundang dalam aksi final Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Kedua di Palembang, Indonesia, semalam. Ketajaman servis tekong Thailand, Sakha Siriwat sentiasa meraih mata serta libasan bertenaga Pornchai Kaowkaen yang bijak melepasi hadangan pemain negara memastikan juara dunia serta Siri Super Pertama itu menamatkan cabaran Malaysia dalam aksi tiga set. Malah tekong negara, Mohamad Fadzil Mohd Asri kerap kali gagal meraih mata ketika melakukan … Baca lagi →

27hbFeb 2012

Servis Kandas Hampakan Malaysia

Penyakit lama servis tekong yang terkandas, terkeluar malah dibatalkan beberapa kali menyekat hasrat Malaysia untuk mengejutkan Thailand pada perlawanan akhir Siri Super 2 Persekutan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) sehingga tumpas 0-3 di Palembang, Indonesia semalam. Walaupun sempat meninggalkan juara dunia itu dengan beberapa mata dalam set pertama dan ketiga, anak buah Jamalluddin Hassan ini masih kecundang 9-15, 5-15, 8-15 dalam perlawanan selama 50 minit di Pusat Sukan dan Konvensyen Palembang sekali gus sekadar muncul naib juara kejohanan musim 2011/12. Mohamad … Baca lagi →

26hbFeb 2012

Komitmen Pemain Jadi Penghalang

KOMITMEN terhadap keluarga dan pekerjaan dalam kalangan pemain sepak takraw negara mengundang dilema buat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk membentuk satu pasukan yang mantap. Ada pemain yang berbakat tetapi mereka tidak boleh menyumbang bakti kerana komitmen terhadap keluarga dan pekerjaan. Lebih memeranjatkan, segelintir pemain dilaporkan sekadar datang menjalani latihan semata-mata mahu mengambil hati pihak persatuan bagi mengelak daripada tindakan disiplin oleh persatuan negeri masing-masing. Jika terlalu sering tidak datang ke pejabat, ia juga bakal mengundang masalah kepada pemain kerana … Baca lagi →

29hbJan 2012

Takraw Perlu Tumpu Sekolah Sukan

Contohi Thailand yang bertumpu ke sekolah-sekolah sukan dalam membentuk barisan pelapis sepak takraw. Maka, Malaysia pasti mampu kembali menyaingi dan merampas posisi No. 1 dunia milik musuh tradisi itu. Pemilihan pemain kebangsaan sekarang yang semata-mata atas bakat semula jadi juga wajar diperbaiki manakala Jawatankuasa Pemilihan dan Kejurulatihan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) digesa kerap turun padang memantau perkembangan bakat-bakat baru di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Saranan ini disuarakan Ismail Atan, bekas apit kanan negara yang juga jurulatih Sekolah … Baca lagi →

4hbJan 2012

Imej PSM Tercalar

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengecam tindakan buruk pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan memburuk-burukkan nama baik badan induk itu. Meskipun kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah menyuarakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Ahmad Ismail untuk terus memimpin PSM, masih ada pihak yang dikatakan cuba ‘bermain kotor’. Terbaharu, satu laporan tertutup yang diedarkan kepada semua wakil dalam mesyuarat Ahli Majlis PSM di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu telah disalahgunakan. Justeru, Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) … Baca lagi →

30hbDec 2011

Siri Super 2 ISTAF – Jangan Letak Harapan Tinggi

JANGAN letak harapan tinggi. Itulah firasat jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan, Jamaluddin Hassan yang enggan peminat tempatan meletakkan penanda aras tinggi mengenai barisan pemainnya yang bakal menggalas cabaran di Siri Super 2 Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Palembang, akhir Februari ini. Walaupun mungkin ada perubahan berlaku daripada sudut barisan pemain baru namun baginya saingan itu boleh disifatkan sebagai medan ujian menilai kemampuan mereka selain memberi pendedahan bermakna. “Memang kita mengharapkan mereka ini akan memberi yang terbaik. Walaupun begitu saya … Baca lagi →

28hbDec 2011

Pantai Timur Kuasa Baru Sepaktakraw

Liga Siri Super Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 2011 yang berakhir di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil kelmarin menyerlahkan kebangkitan dan kejaguhan dua negeri Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan yang mampu menjadi kuasa baru sukan warisan tradisi ini bagi tiga hingga lima tahun lagi. Kejayaan mereka menggugat skuad elit negara atau PSM dengan mencuri satu kemenangan regu bawah 21 tahun di Kangar dalam pusingan kedua, September lalu dan akhir di Bukit Jalil, turut membuktikan pelaburan mereka untuk … Baca lagi →

27hbDec 2011