Malaysia kena libas lagi

KUALA LUMPUR – Malaysia sekadar mengulangi skrip lama dengan kempunan gelaran apabila dihampakan musuh tradisi, Thailand 12-15, 10-15, 7-15 dalam perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Akhir Istaf 2013/14 di Stadium Titiwangsa di sini, semalam. Dalam pertarungan lebih kurang sejam itu, regu negara yang menampilkan Syahir Rosdi (Izurin Refin), Hanafiah Dolah (Khairol Zaman Hamir Akhbar) dan Muqlis Borhan mudah dijinakkan Kritsana Tanakorn (Sittipong Khamchan), Supachai Maneenat dan Somporn Jaisinghol. Terdahulu di depan lebih 5,000 penyokong tuan rumah, Si Gajah … Baca lagi →

10hbMar 2014

PSM Akan Pantau Perosak Imej Sepaktakraw

KUALA LUMPUR – Awas! Kepada mana-mana pihak yang cuba merosakkan imej sukan sepaktakraw dan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), anda bakal berdepan tindakan menurut perlembagaan persatuan mahupun undang-undang negara. Sebuah jawatankuasa khas yang bertujuan mengkaji bentuk tindakan tersebut, akan ditubuhkan dalam masa terdekat setelah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi PSM yang bermesyuarat di ibu kota, Sabtu lalu. Ketua Seranta PSM, Idris Abd. Karim berkata, jawatankuasa baharu itu akan dianggotai oleh pegawai kanan polis, peguam, bekas majistret dan ahli profesional. “Antara bentuk tindakan … Baca lagi →

21hbFeb 2014

Cara Kita Yang Julang Korea

Kejayaan Korea Selatan membenam Malaysia dan Indonesia selain juara dunia, Thailand 3-0 untuk menjuarai Siri Super Istaf 1 di New Delhi, India, Ahad lalu, datangnya daripada ‘benih’ yang disemai persatuan sepaktakraw negara Asia Timur itu sejak lebih sedekad lalu. Kekalahan kepada Korea Selatan itu juga bukanlah perkara baharu kerana dalam acara beregu, mereka pernah mengejutkan Malaysia pada Kejohanan Dunia Piala Raja Thai 2009 dan separuh akhir berpasukan 2010 dan 2012 di Chiang Mai dan Bangkok, Thailand. Dalam dua tempoh pada … Baca lagi →

6hbSep 2013

PSM Paling Beruntung

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) menyifatkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai ‘persatuan paling beruntung’ di negara ini andai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan permohonan mereka mendapatkan peruntukan RM8.8 juta. Ini kerana, menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong pihaknya tidak pernah memberi atau meluluskan peruntukan sebanyak itu kepada mana-mana persatuan sukan sebelum ini. “Secara peribadi, kalau dapat, mereka (PSM) adalah persatuan yang paling beruntunglah. MSN tidak pernah bagi mana-mana persatuan RM8 juta secara sekali gus. Kalau … Baca lagi →

5hbSep 2013

Kemana Peruntukan Selama Ini?

‘Sampai bila kita hendak guna alasan bila kalah, kita hendak meminta duit yang lebih lagi, ” demikian teguran pedas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM). Khairy menegaskan, tindakan menyekat bantuan kepada badan sepaktakraw kebangsaan itu bukan satu tindakan kejam, sebaliknya beliau hanya mahu ketelusan. Tindakan menyekat peruntukan kewangan itu dibuat selepas skuad sepak takraw mendapat aib di tangan Korea Selatan pada perlawanan akhir Siri Super ISTAF, Ahad lalu. Kata-kata Khairy itu juga jelas sebagai satu … Baca lagi →

3hbSep 2013

Skuad Dirombak

Gara-gara tewas mengejut 0-3 kepada Korea Selatan pada final Kejohanan Siri Super Istaf di India kelmarin, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dijangka melakukan rombakan besar-besaran bagi membentuk skuad kebangsaan yang mantap untuk ke Sukan SEA di Myanmar pada Disember ini. Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahaya berkata, rombakan itu bagaimanapun bergantung kepada kemampuan pemain menyesuaikan diri dengan beberapa acara memandangkan Myanmar selaku hos temasya itu bakal mempertandingkan banyak disiplin dalam acara sepak takraw termasuk chinlone iaitu sukan sepak takraw tradisional … Baca lagi →

3hbSep 2013

Sekat peruntukan PSM

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyekat peruntukan kewangan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ekoran kekalahan memalukan pasukan negara kepada Korea Selatan pada perlawanan akhir Siri Super ISTAF di India, kelmarin. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia tidak mempunyai alasan untuk kalah dengan pasukan seperti Korea. Beliau berkata, oleh itu peruntukan untuk PSM akan disekat selagi tiada pelan pemulihan dikemukakannya. “Malulah, kita kalah dengan Korea Selatan. Saya sedang berfikir apa nak buat dengan PSM. “Dengan kekalahan ini, saya tidak akan beri … Baca lagi →

3hbSep 2013

Malaysia tewas di tangan Korea Selatan – Dana PSM disekat

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyekat peruntukan kewangan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ekoran kekalahan memalukan pasukan negara kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF di India Ahad lepas. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pasukan negara tidak mempunyai alasan untuk kalah dengan pasukan seperti Korea Selatan. Beliau berkata oleh itu peruntukan untuk PSM akan disekat selagi tiada pelan pemulihan yang dikemukakannya. “Malu lah, kita kalah dengan Korea Selatan. Saya sedang berfikir apa nak buat dengan PSM. Dengan kekalahan ini, … Baca lagi →

3hbSep 2013

Lupakan Impian Kutip Emas

Lupakan impian kutip emas pada Sukan Asia 2014 kata Datuk Zolkples Embong. IMPIAN untuk menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan perlu dilupakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) seandainya persembahan mengecewakan skuad negara pada Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Ketiga di Singapura dijadikan ukuran. Pandangan itu disuarakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang menggambarkan kegagalan anak-anak buah jurulatih Jamaluddin Hassan di suku akhir pada kejohanan yang menampil hampir keseluruhan pasukan … Baca lagi →

6hbMay 2012

Terengganu Juara Piala Emas Khir Johari Ke-49

Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49 Strategi bertahan dan menyimpan tekong terlebih dulu, membawa Terengganu menjulang Piala Emas Khir Johari buat kali pertama pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Ke-49 di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak, kelmarin. Skuad bimbingan Ahmad Mohd. Zin membenam juara bertahan, Selangor 2-0 dalam perlawanan akhir untuk meraih RM5,000 pada kejohanan berpasukan tertua di dunia itu, sekali gus menghampakan hajat lawan untuk mencipta rekod penyandang terbanyak, 12 kali. Biarpun diheret ke set penentuan oleh Selangor … Baca lagi →

10hbApr 2012