Bolarotan.com Pencetus Komuniti Sepaktakraw Malaysia Secara Online

Mohsen Amdan

Mohsen Amdan – Gambar oleh Putar Alam Shah Sepaktakraw

Jangan jadikan sukan sepaktakraw ini sebagai satu sukan picisan atau sukan minoriti di Malaysia. Mungkin ini yang bermain di fikiran saudara Mohsen Amdan selaku pengasas laman blog Bolarotan.com.

Beliau telah menjadikan blog tersebut sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat tentang pemain & kejohanan secara sukarela demi minat & sayangkan sukan sepaktakraw.

Dengan menggunakan konsep siri jelajah gelanggang, Mohsen dapatkan membentuk sebuah komuniti secara online dan secara tidak langsung dapat mengeratkan tali silaturahim antara pemain lama dan baru.

Tahun 2008 beliau dengan inisiatifnya sendiri telah membuat sebuah animasi pendek yang bertajuk REGU untuk meletakkan sukan ini ke peringkat yang lebih baik di program IPCC.

Komitmen beliau dalam menyampaikan informasi sukan sepaktakraw di sekitar Malaysia telah menarik minat penganjur Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan untuk menjadikan Bolarotan.com sebagai media online rasmi bagi kejohanan tersebut.

Dari siri jelajah gelanggang tersebut boleh kita lihat beliau akan menampilkan muka-muka baru yang boleh diketengahkan atau digilap untuk ke peringkat yang lebih tinggi & ini merupakan satu usaha yang baik dan perlu kita banggakan.

Terbaru dengan usaha sama komuniti Masyarakat Bolarotan telah berjaya mengadakan Program Sports Tourism (Pelancongan Sukan) yang mana telah melibatkan Singapore National School Team untuk sesi latihan & perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur.

Program Sports Tourism (Pelancongan Sukan) yang mana telah melibatkan Singapore National School Team untuk sesi latihan & perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur – Gambar oleh Bolarotan.com

Bolarotan.com telah melakukan satu usaha yang sangat baik & harus kita semua berikan sokongan dan pujian. Semoga selepas ini mereka akan lebih banyak menjayakan pelbagai program & pendedahan sukan sepaktakraw dari pelbagai peringkat demi kemajuan sepaktakraw Malaysia.

Dari blog kecil dahulunya dan sering mendapat pandangan sinis dari pembaca, kini tidak lagi. Beliau & rakan-rakan komuniti terus kehadapan untuk bergabung dalam memartabatkan sukan warisan Melayu ini. Tahniah dari kami di sepaktakraw.my untuk Masyarakat Bola Rotan.
 

Maklumat Lanjut Bolarotan.com

ItemKeterangan
Laman Blogwww.Bolarotan.com
Komuniti FacebookFacebook Group

Bagi mereka yang ingin memberikan sokongan dari segi moral, kewangan atau sebagainya boleh hubungi Mohsen di laman blog beliau.

23hb Nov 2011
Kategori
bolarotan